CONTOH KARANGAN RESPON TERBUKA:USAHA USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

            Pada masa kini industri pelancongan merupakan indusri yang penting.Hal ini kerana industri pelancongan mendatangkan pelbagai manfaat kepada negara.PIhak swasta turut terlibat dalam usaha memajukan industri pelancongan.Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan industri pelancongan negara?

            Salah satu usaha memajukan industri pelancongan adalah dengan meningkatkan keselamatan negara.Hal ini supaya pelancong asing berasa selamat ketika melancong di negara kita.Kerajaan harus menyadiakn polis bantuan di kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong asing.Justeru, pelancong asing berasa diri mereka selamat ketika melancong di Malysia.

            Di samping itu,pihak kerajaan dan swasta harus meningkatkan prasarana pelancongan di negara ini.Tujuannya adalah supaya pelancong berasa selesa ketika berkunjung ke sesuatu destinasi pelancongan.Misalnya,kerajaan dan pihak swasta harus menyediakan tempat penginapan yang murah dan selesa,pusat beli-belah yang canggih dan pelbagai tempat pelancongan yang unik.Usaha ini akan menyebabkan pelancong suka berkuniung ke sesuatu lokasi pelancongan di Malaysia.

           Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia(KPKM)harus mengadakan kempen dan promosi untuk memajukan industri pelancongan negara.Usaha ini perlu dibuat kerana tak kenal maka tak cinta.KPKM boleh membuat kempen dan promosi dalam media digital.Maka,ramai pelancong asing akan teruja untuk berkunjung ke negara kita.

           Kesimpulannya,pelbagai usaha yang proaktif akan memajukan industri pelancongan negara kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Rakyat Malaysia harus membantu kerajaan bagai aur dengan tebing dalam usaha memajukan industri pelancongan negara.

Comments