Pada masa kini , di negara kita terdapat pelbagai pilihan saluran televisyen. Terdapat saluran televisyen percuma dan saluran televisyen berbayar . Mereka yang berkemampuan suka melanggan saluran televisyen berbayar yang disalurkan oleh Astro. Saluran televisyen yang banyak kebaikan dan keburukan.
Antara kebaikan banyak saluran televisyen ialah penonton ada pilihan saluran . Hal ini kerana cita rasa penonton yelevisyen tidak sama kerana rambut sama hitam , hita berlainan.Justeru , penonton tidak akan berasa bosan menonton rangsangan yang tidak digemari olehnya.
Saluran televisyen berbayar menyajikan rancangan berkualiti . Misalnya saluran televisyen berbayar ada meyiarkan rancangan seperti National Geography dan Tutor TV.Rancangan televisyen ini amat berfaedah kepada penonton.
Manakala, keburukan saluran televusyen yang banyak ialah ada penonton yang ketagih menonton televisyen kebanyakkan suri rumah suka menonton pelbagai siri drama di televisten . Justeru , mereka akan mengabaikan keluarga dan tidak usahakan kerja kerja rumah.
Seperkara lagi, saluran televisyen berbayar membazir duit . Penonton yang melanggan saluran televisyen berbayar harus membayar bil bulanan yang agak tinggi . Hal ini akan menimbulkan perbelanjaan bulanan sesebuah keluarga .
Kesimpulannya, penonton televisyen harus ambil yang jernih dan buang yang keruh. Kita harus bersikap bijak dan rasional ketika menonton televisyen . Televisyen cuma alat hiburan semata mata.
Comments
Post a Comment