Pada hujung minggu lepas,penduduk Kampung Adnan telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan sungai berhampiran Kampung mereka .
Para penduduk telah berkumpul di balai raya pada pukul 8 pagi .Ketua Kampung telah membahagikan tugas mengikut kumpulan . Antara tugasan yang diamanahkan ialah mengutip sampah sarap di dalam sungai dan di kawasan tepi sungai.Peserta gotong royong juga diarahkan supaya mengasingkan sampah sarap yang boleh dikitar semula.Menjelang tengah hari , aktiviti gotong royong tamat .Peserta gotong royong menikmati hidangan yang telah disediakan oleh kaum wanita .
Walaupun aktiviti gotong royong tersebut amat memenatkan ,namun warga Kampung Adnan berasa gembira apabila melihat kawasan sungai berhampiran Kampung mereka bsrsih .
Comments
Post a Comment