Karangan respon terbuka : Langkah Langkah Untuk Membudayakan Amalan Kitar Semula Di Kalangan Rakyat

       Pada masa kini, pencemaran semakin bertambah teruk di dunia ini .Jikalau situasi ini berterusan maka ini akan memudaratkan kesihatan semua kehidupan di bumi .Salah satu cara penting  untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan amalan kitar semula .Namun rakyat di negara tidak memberi kerjasama untuk mengamalkan amalan kitar semula .Oleh itu pihak pihak berkenaan haruslah mengambil tindakan untuk membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat .Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk membudayakan amalan kitar semula di kalangan masyarakat ?

          Salah satu langkah membudayakan amalan kitar semula kalangan rakyat adalah dengan menyebarkan maklumat tentang kebaikan amalan kitar semula melalui pelbagai cara. Sebagai contoh, maklumat seperti kepentingan kitar amalan kitar semula boleh disebarkan melalui poster poster, risalah ataupun melalui media sosial .Pada zaman yang moden ini media sosial merupakan antara media yang mempengaruhi kehidupan dan fikiran manusia. Langkah ini akan menyebabkan rakyat berminat untuk mengamalkan amalan kitar semula selain akan berasa ingin tahu tentang kitar semula .

             Selain itu,  Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian tenaga, sains, teknologi ,alam sekitar dan perubahan Iklim harus memberikan bantuan kewangan serta sokongan kepada pihak sekolah .Bantuan kewangan ini adalah untuk memberi tong-tong kitar semula yang diletakkan di sekitar kawasan sekolah serta untuk mengadakan aktiviti kitar semula .Antara aktiviti yang boleh diadakan ialah pertandingan melukis poster ,pertandingan kuiz ,ceramah berkaitan kitar semula ,serta pameran .Pihak sekolah akan memerlukan bantuan kewangan tersebut juga untuk memberi hadiah kepada pemenang pertandingan .Bantuan kewangan memang akan menjadi aspek penting dalam membudayakan amalan kitar semula di kalangan murid sekolah .

         Ibu bapa peranan penting untuk membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan amat penting dalam kehidupan anak-anak .Ajaran dan usaha ibu bapa akan diminati oleh anak-anak buat selama-lamanya. Oleh sebab itu ibu bapa harus mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya mengamalkan amalan kitar semula bak kata peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya" .Ibu bapa boleh mengajar anak-anak tentang prinsip 5R ,kepentingan amalan kitar semula, serta kesan kesan buruk jika tidak mengamalkan amalan kitar semula. Jelaslah bahawa golongan, sokongan atau ajaran daripada ibu bapa dapat membentuk anak-anak yang mengamalkan amalan kitar semula .

             Di samping itu, pihak swasta terutamanya pihak syarikat melindungi alam sekitar dan mengadakan aktiviti-aktiviti bertujuan untuk memupuk minat orang ramai bagi mengamalkan amalan kitar semula . Ceramah tentang kepentingan kitar semula yang disampaikan oleh pakar dalam bidang tersebut harus dilaksanakan di tempat-tempat awam .Hal ini akan menyebabkan orang ramai akan sedar terhadap kepentingan alam sekitar semula dan berminat untuk mengamalkan amalan tersebut .Aktiviti membahagikan sampah sarap mengikut peraturan kitar semula juga boleh dijalankan .

              Kesimpulannya ,sikap pelbagai pihak bagai aur dengan tebing mampu membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat .Jika tidak mengamalkan Alam amalan kitar semula akan mendatangkan impak negatif kepada masyarakat, negara , lebih buruk lagi menimbulkan kesan negatif kepada dunia. Oleh sebab itu langkah-langkah ini harus dijalankan dengan bersungguh-sungguh agar dapat menjamin masa hadapan kita .Saya yakin bahawa dengan kerjasama semua insan serta peserta sikap berusaha amalan kitar semula dapat dibudayakan kerana usaha tangga kejayaan .

Comments