Karangan Respon Terbuka :Langkah langkah keselamatan efektif untuck mengelakkan diri daripada menjadi mangas rompakan.
Jenayah rompakan saban tahun di negara kita .Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor . Antara faktornya ialah kemasukan Warga asing ,kadar kemiskinan yang meningkat dan sikap segelintir orang yang malas membanting tulang mencari rezeki.Persoalannya ,apakah langkah langkah keselamatab efektif untuk menggelakkan diri daripada mangsa rompakan ?
Satu langkah efektif mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rompakan adalah sentiasa berwaspada .Hal ini kerana malang tidak berbau.Oleh itu ,kita harus peka dengan keadaan persekitaran .Jika terdapat individu yang mencurigakan berhampiran kita ,atau di persekitaran kita harus segera beredar dari tempat ini. Semua orang harys menyimpan nombor pihak polis dalam telefon bimbit mereka.
Seperkara lagi, kita tidak harus mendedahkan maklumat diri dalam media sosial seperti Facebook.Hal ini akan memudahkan perompak mencari ruang dan peluang untuk merompak kita .Fenomena ini boleh berlaku kerana hanya orang yang kenali kita sahaja yang melayari laman sosial kita.Justeru ,perompak akan mengambil kesempatan untuk tunjuk belangnya,apabial mempunyai maklumat yang diperlukan oleh mereka sebelum merompak.
Tambahan pula,pemilik rumah berkemampuan harus tinglatkan keselamatan rumah dengan memasang kamera kitar tertutup atauloceng pengera.Perbuatan keselamatan ini akan mengerunkan perompak yang ingin merompak sesebuah premis .Selain itu, pemilik rumah harus memasang jeriji besi yang kukuh bagi mengelakkan perompak mudah masuk ke dalan premis .
Seperkara lagi , golongan wanita jangan memperagakan barang kemas yang banyak dalam khalayak.Perbuatan begini akan membahayakan keselamatan diri .Golongan wanita juga harus berhati hati semasa pergi ke bank untuk mengeluarkan duit.Mereka juga harus berwaspada ketika menjinjing beg tangan.Hal iji keranan perompak selalu menyasara kalangan wanita yang dianggap mudah dirompak oleh mereka.
Kesimpulannya , gejala rompakan harus dibendung oleh pihak polis . dalam masa yang sama kita harus berkerjasama dengan pihak polis bagi mengurangkan gejala rompakan yang berleluada akan menjejaskan imej negara .
Comments
Post a Comment