KARANGAN RESPON TERBUKA: KEPENTINGAN MENGADAKAN KARNIVAL BAHASA DAN MINGGU BAHASA

     Pada masa kini ,bahasa amat penting dalam kehidupan setiap insan kerana bahasa jiwa bangsa .Bahasa dikatakan penting kerana menggambarkan imej keluarga bangsa dan negara .Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan karnival bahasa serta minggu bahasa di sekolah  sekolah seluruh Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pesta pantun ,bicara berirama ,serta mengarang esei dan sebagainya .

         salah satu manfaat menyertai aktiviti tersebut  adalah dapat menambah ilmu pengetahuan .Contohnya, murid-murid yang menjadi periaston  ataupun bicara berirama dapat menambahkan ilmu pengetahuan .Bukan sahaja dapat menambah ilmu malah dapat memahami perkara-perkara tersebut dengan lebih mendalam .Hal ini dapat membantu murid-murid dapat mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan .Jelaslah bahawa murid-murid dapat menerima ilmu pengetahuan jika menyertai aktiviti-aktiviti perbahasaan selalu tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung .

          Selain itu, murid-murid akan dapat menguasai bahasa dan kosa kata jika menyertai aktiviti kebahasaan tersebut .Misalnya, murid-murid akan dapat mempelajari pelbagai kosakata baharu  ketika mendengar pantun-pantun yang disampaikan oleh pemantun. Maka mereka tidak akan mengalami masalah dalam menulis karangan lagi .Tegaslah bahawa ,bahasa dan kosa kata murid-murid dapat  ditambah melalui aktiviti tersebut .

          Seterusnya, murid murid dapat mengeratkan hubungan silaturrahim apabila menyertai aktiviti tersebut .Sebagai contoh hubungan antara ahli sesuatu kumpulan bicara berirama akan semakin rapat selepas  menjalankan latihan bersama-sama .Murid-murid juga dapat menambah kenalan dan peluang bergaul mesra dengan kawan-kawan yang mempunyai sikap serta minat yang bersama .Justeru ,murid murid menyertai aktiviti tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid di sekolah .

              Akhir sekali,  murid-murid dapat menambah pengalaman masing-masing dengan menyertai aktiviti tersebut .Salah satu tujuan aktiviti tersebut adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang bahasa .Oleh itu, aktiviti-aktiviti tersebut merupakan peluang  yang baik bayi mula menunjukkan pangkatnya di atas pentas .Hal ini merupakan pengalaman baik bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan diri dan menguasai diri sendiri .

               Kesimpulannya, karnival bahasa satu minggu bahasa yang diadakan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak sekolah membawa pelbagai manfaat kepada murid-murid .Aktiviti  aktiviti ini dapat meningkatkan prestasi murid-murid sejak di bangku sekolah bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Marilah  semua murid sekolah menyertai aktiviti-aktiviti perbahasaan ini demi meningkatkan penguasaan bahasa .

Comments