Perpaduan kaum merupakan asas pembentukan negara yang aman dan harmoni. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam usaha mengekalkan perpaduan rakyat di Malaysia. Salah satu cara adalah melalui pemantapan penggunaan bahasa Melayu penting khususnya melalui sistem pendidikan bagi membolehkan murid berkomunikasi bersama-sama di sekolah .Selain itu, Sikap saling menghormati memahami dan memelihara budaya sesama kaum perlu dipertahankan .Seterusnya amalan rumah terbuka perlu diadakan bagi meraikan perayaan bersama masyarakat berbilang kaum ini dapat mengeratkan hubungan Silaturahim selain mengukuhkan semangat perpaduan yang utuh .Di samping itu amalan ziarah-menziarahi ,tolong menolong ,amalan kesukanan dan semangat kejiranan dalam kalangan pelbagai kaum wajar dijadikan Budaya Kita .Akhir sekali ,pemimpin negara harus menjaga kestabilan politik untuk menjamin keamanan rakyat .Kesimpulannya perpaduan negara harus dipupuk dengan kerjasama pelbagai pihak .
Comments
Post a Comment