CONTOH KARANGAN ULASAN :FAEDAH MEMBACA

       Membaca merupakan satu amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh murid-murid kerana banyak kebaikan yang akan diperolehi. Antaranya ,kita dapat mengisi masa lapang secara berfaedah .Kita akan meluangkan lebih banyak masa untuk membaca daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Selain itu ,kita akan meningkatkan penguasaan bahasa semasa kita membaca .Kita akan mempelajari perkataan yang baharu .Seterusnya ,kita boleh meningkatkan pengetahuan am kita dan tidak akan menjadi katak dibawah tempurung .Akhir sekali ,kita akan dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dan tidak akan mengecewakan ibu bapa dan guru kita .Kesimpulannya Kita mestilah sentiasa membaca demi masa depan kita yang cerah.

Comments