Amalan berjimat cermat ialah amalan mulia. Antara faedah amalan berjimat cermat ialah kewangan yang kukuh. Oleh itu , orang yang berjimat cermat jarang-jarang mengalami masalah kewangan. Selain itu, amalan berjimat cermat akan memberi ketenangan jiwa kerana tidak mengalami kesempitan hidup akibat ketiadaan wang. Seterusnya , amalan berjimat cermat akan menyebabkan seseorang jauh daripada beban hutang kerana orang yang berjimat cermat tidak perlu meminjam wang darippada orang lain. Amalan berjimat cermat juga persediaan menghadapi saat kecemasan seperti kemalangan, bencana alam , dan penyakit kronik. Kesimpulannya , semua orang harus ada amalan berjimat cermat.
Comments
Post a Comment