Pada masa kini ,kesesakan jalan raya menjadi isu yang sering menjadi kerisauan ramai Rakyat . Sebenarnya ,terdapat banyak cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya .Salah satu cara ialah pihak kerajaan haruslah meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan awam contohnya berita perkhidmatan LRT harus ditambah kekerapan dalam setiap hari sebagai pilihan pengangkutan ke tempat kerja
Selain itu, orang ramai digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan .Hal ini juga dapat mengurangkan pembelanjaran seperti bayaran tol. Di samping itu, pihak Kementerian pengangkutan dan jalan raya perlu membaiki sistem laluan lintas dengan kerjasama pihak swasta seperti PLUS SDN.BHD untuk melebarkan jalan raya .Akhir sekali, orang ramai haruslah mengamalkan amalan kongsi kereta bagi mengurangkan bilangan kenderaan jalan raya. Kesimpulannya kesesakan jalan raya harus di atasi bagi mempercepatkan urusan harian .
Comments
Post a Comment