CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD : PENGALAMAN BERCUTI DI SABAH

       Pada minggu lepas ,saya telah melancong ke sabah dengan keluarga saya dengan menaiki kapal terbang.Kita telah menyewa sebuah kereta apabial kita sampai di sana.

        Kita telah melancong ke beberapa tempat tsrkenal.Mula mula kita telah berkunjung ke rumah terbalik yang sungguh unik .Ia terletak di Tampuruli.Seterusnya , kita berkunjung ke Desa Dairy Farm yang mempunyai pemandangan yang sungguh cantik .Kita juga melawat kilang memproses susu.Selain itu ,kita telah melawat Kundasang yang merupakan pekan kecil di kaki Gunung Kinabalu, banyak sayur ditanam di kawasan itu.Akhir sekali kita berkunjung ke Pasar Filipina untuk membeli oleh oleh untuk saudara mara dan sahabat.

        Aktiviti melancong ke Sabah sungguh menarik,saya tidak akan melupakan kenangan tersebut.

Comments