CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD : KEPENTINGAN MENGISI MASA LAPANG

        Untuk mengisi masa lapang kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti berkebun, melancong, bersukan ,membaca dan sebagainya.Persoalannya apakah kepentingan mengisi masa lapang?

        Salah satu kepentingan adalahdapat menghilanglan kebosanan semasa cuti sekolah atau pada waktu hujung minggu.Selain itu, kita dapat berpeluang untuk menimba pengalaman dan kemahiran yang baharu.Seterusnya, kita dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.Akhir sekali kita dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.

          Kesimpulannya ,pelbagai kegiatan berfaedah dapat dilakukan pada waktu senggang.Kita haruslah menggunakan masa terluang dengan bijaknya.

Comments