CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD :LANGKAH LANGKAH MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN TULISAN JAWI

         Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan penggunaan tulisan jawi.Salah satu langkah ialah pihak jabatan Kerajaan Swasta dan badan berkanun  harus menggembleng sinergi memperkasakan tulisan jawi dengan menggunakannya pada sesuatu program .Selain itu, Jabatan Penerangan Malaysia perlu menjelaskan kepada masyarakat bahawa tulisan jawi patut diterima dalam masyarakat majmuk seterusnya pelaksanaan program j-QAD  wajah diperkasakan di sekolah.Di samping itu guru pendidikan Islam hendaklah berupaya menguasai kaedah pengajaran penulisan dan pengimbuhan dalam sistem ejaan jawi.Akhir sekali, sistem pendidikan Malaysia haruslah memperkenalkan mata pelajaran pendidikan jawi dari peringkat sekolah rendah  hingga Menengah.Kesimpulannya, tulisan jawi harus diperkembangkan dengan kerjasama antara pelbagai pihak .

Comments