CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD : CARA CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA

        Ibu bapa insan yang paling banyak berjasa kepada anak anak.Terdapat pelbagai cara dapat dilakukanuntuk membalas jasa mereka.

        Salah satu cara ialah kita haruslah mempamerkan tingkah laku yang baik,hormat dan taat akan suruhan ibu bapa .Selain itu,kita haruslah meringankan beban ibu bapa dengan bersikap ringan tulang dan sentiasa membantu mereka.Seterusnya, kita haruslah berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran supaya dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.Akhir sekali, kita haruslah menjaga ibu bapa dnegan penuh kasih sayang dan menjaga mereka ketika sakit.

        Kesimpulannya ,kita haruslah membalas jasa ibu bapa selagi mereka masih hidup kerana hadirnya mereka di dunia tiada galing gantinya.

Comments