Setiap tahun hari kemerdekaan negara akan disambut dengan meriah di negara kita.Pada hari berkenaan perarakan mega akan diadakan di Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran negara.Pada hari tersebut akan diberi cuti umum.Persoalannya apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan negara setiap tagun pada tanggal 31 Ogos.
Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan negara adalah untuk menghargai kemerdekaan negara.Hal ini kerana negara kita pernah dijajah oleh British , Jepun dan Portugis serta Belanda.Ketika menyambut Hari Kemerdekaan kita harus berasa syukur kerana bebas daripada penjajah .Sambutan Hari Kemerdekaan negara mengingati rakyat Malaysia agar memastikan negara kita tidak dijajah semula oleh mana mana penjajah.
Selain itu ,sambitan Hari Kemerdekaan akan mengingatkan rakyat Malaysia tentang pengorbanan tokoh tokoh kemerdekaan negara.Antaranya ialah Tungku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan V.T Sambatan. Hasil usaha mereka yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan daripada penjajah British .Jika tiada sambutan hari kemerdekaan ,kita akan melupakan jasa jasa mereka.
Seterusnya ,sambutan Hari Kemerdekaan akan memupukbperpaduan kaum .Hal ini kerana semasa Hari Kemerdekaan semua rakyat Malaysia tanoa mengir bangsa akan bersatu meraikan Hari Kemerdekaan .Amalan ini skan menjadi salah satu usaha baik untuk memperkukuhkan perpaduan antara kaum rakyat Malaysia hidup dengan mengamalkan prinsipbbersatu teguh bercerai roboh.
Di samping itu, sambutan Hari Kemerdekaan akan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat .Hal ini kerana semasa sambutan Hari Kemerdekaan akan wujud suasanabdi merata rata tempat dikibarkan Jalur Gemilang di peringkat sekolah dan diadakan pelbagai aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan.Justeru ,suasana meriah semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan mampu menanamkan semangat sayangi negara kita yang unik dan aman damai.
Kesimpulannya , sambutan Hari Kemerdekaan negara membawa pelbagai impak positif .Semua rakyat harus meraikan hari keramat ini dengan bangga .Jika negara kita tidak bebas daripada penjajah .Kita tidak dapat hidup bebas dan amat seperti mana sekarang.
Comments
Post a Comment