Contoh Karangan Respon Terbuka :Kepentingan semangat perpaduan dAlam kalangan masyarakat di negara kita
Perpaduan membawa maksud Rakyat hidup bersatu padu.Kerajaan sentiasa menekankan aspek Perpaduan dalam kalangan Rakyat .Jika tiada perpaduan dalam kalangan rakyat ,maka akan berlaku konflik Antara rakyat.Persoalannya apakah kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita ?
Salah satu kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat negara kita ialah mengekalkan keamanan negara.Jika keamanan negara terganggu akibat ketiadaan perpaduan maka negara akan berada dalam keadaan kacau bilau .Sebaliknya ,rakyat majmuk yang hidup bersatu padu akan menjadi aset kepada negara .
Amalan hidup bersatu padu atau perpaduan kaum akan meningkatkan imej negara di persada Dunia.Warga negara lain akan berasa kagum dengan negara kita. Mereka akan berasa teruja untuk mengetahui cara rakyat Malaysia berbilang kaum mampu harmoni.Hali ini akan menyebabkan memuji cara pemerintah negara memperkukuh perpaduan Antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Perpaduan kaum mampu memajukan ekonomi negara.Apabila ekonomi negara maju,maka taraf hidup rakyat akan meningkat .Kemajuan ekonomi negara juga akan meningkat taraf hidup rasional di negara ini.
Semangat perpaduan kaum akan menyebabkan rakyat hidup saling bertolak ansur.Mereka akan hidup bagai serai serumpun tebu seikat.Justeru, tidak akan berlaku persengketaan Antara rakyat .Sebarang konflik Antara rakyat akan diselesaikan secara rasional oleh rakyat.
Kesimpulannya perpaduan kaum amat penting dikekalkan oleh Semua pihak .Hal ini kerana muafakat membawa berkat.Pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat ,harus dikenakan hukuman berat oleh pihak kerajaan.
Comments
Post a Comment