CONTOH KARANGAN RESPON TERBUKA: MANFAAT MANFAAT MELANCONG

       Pada masa kini, industri pelancongan merupakan antara bidang yang berkembang semakin pesat di negara kita .Industri pelancongan membawa manfaat kepada negara kita dalam aspek ekonomi dan juga meningkatkan taraf hidup penduduk mahupun meningkatkan peluang pekerjaan bersempena dengan kempen cuti-cuti Malaysia 2020.Pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis bekas menarik untuk melancong ke destinasi-destinasi menarik .Persoalannya ,Apakah manfaat manfaat dibawa oleh aktiviti pelancongan kepada pelancong?

       Salah satu manfaat melancong ialah kita dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman .Sebagai contoh apabila kita melawat ke tempat bersejarah kita dapat mengetahui sejarah tempat itu dan tidak akan menjadi seperti katak dibawah tempurung .Ilmu pengetahuan ini akan berguna dalam mendorong kita mendapatkan keputusan yang cemerlang.Selain itu, apabila kita melancong ke pantai-pantai peranginan kita dapat mempelajari kemahiran menyelam dan berenang kemahiran sebegini akan membantu dalam kehidupan seharian kita .Jelaslah bahawa kegiatan melancong merupakan kaedah yang efektif untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu .

          Selain itu, aktiviti melancong dapat mengisi masa lapang dengan cara berfaedah dalam rutin seharian, kita mestilah ada waktu senggang terutamanya pada hujung minggu. Tanpa membazirkan masa, sekarang ini kita boleh melancong ke destinasi untuk memanfaatkan masa lapang kita. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terjebak dalam gejala sosial seperti merokok ,melepak, minum arak dan sebagainya kerana kegiatan-kegiatan ini akan membawa kemudaratan .Jelaslah bahawa aktiviti pelancongan merupakan aktiviti yang berpotensi tinggi dalam memanfaatkan masa lapang kita .

         Seterusnya ,kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim melalui aktiviti pelancongan sekiranya kita pergi melancong bersama sama keluarga maka hubungan keluarga dapat dirapatkan,sekiranya kita pergi melancong bersama rakan-rakan maka hubungan persahabatan pula dapat dielakkan kerana kita akan bergaul mesra bersama-sama mereka akan melakukan aktiviti-aktiviti dengan mereka sepanjang waktu melancong .Kita juga dapat melapangkan fikiran kita melalui aktiviti menarik seperti serta menikmati pemandangan menarik sepanjang kegiatan pelancongan. Perasaan stres akan hilang dan kita akan berasa relaks sahaja dan kita tidak akan mengalami kemurungan .

         Akhir sekali ,aktiviti melancong juga membawa manfaat terhadap industri pelancongan negara.Apabila kita melancong kita sedang memberikan sokongan kepada industri pelancongan negara kita. Bayaran hotel, perkhidmatan lain tiket dan bayaran aktiviti merupakan sumber pendapatan bagi mereka yang melibatkan diri dalam industri pelancongan dapat merancakkan kemajuan industri pelancongan negara kita dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara kita .Tambahan lagi kita telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri pelancongan dan dapat mengurangkan masalah pengangguran di negara kita .

       Secara kesimpulan ,aktiviti melancong membawa pelbagai manfaat dalam pelbagai aspek .Justeru rakyat Malaysia digalakkan agar melibatkan diri dalam aktiviti melancong untuk dapat manfaat kepada diri sendiri serta membawa manfaat kepada pihak lain bersempena dengan usaha pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan kita .Sebagai rakyat seharusnya memberikan sokongan kepada mereka ,bak kata peribahasa 'Bersatu teguh bercerai roboh' jika semua pihak bekerjasama mengembangkan industri pelancongan, maka saya  percaya pada Suatu hari nanti pastilah dapat  banyak manfaat kepada industri pelancongan kepada negara .

Comments