CONTOH KARANGAN RESPON TERBUKA : LANGKAH LANGKAH MENJAGA KESIHATAN DIRI

             Kesihatan diri merupakan khazanah yang dianugerahi oleh Tuhan .Namun, generasi masa kini tidak memberikan prihatin terhadap kesihatan diri .Hal ini menyebabkan peningkatan gejala gejala penyakit di negara kita seperti gejala Obesiti .Kesihatan diri seharusnya selalu menjadi aspek utama yang dititikberatkan dan sentiasa dijaga .Terdapat pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan diri 

         Salah satu langkah untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan menjaga  kebersihan diri. Kebersihan diri berkait rapat dengan kesihatan diri bagai isi dengan kuku . Sebagai contoh kita haruslah kerap mandi untuk membersihkan badan setiap bahagian badan perlu dibersih dengan teliti dan amalan mandi kerbau adalah tidak  elok. Kuku jari kita harus dipotong Agar sisa-sisa ataupun bakteria tidak akan terselit di dalam celah-celah kuku kita.Selain itu,  kita harus mencuci tangan dengan sabun setement  cecair penyahkuman untuk membasmi bakteria pada bahagian tangan kita .Selain itu kita haruslah selalu bersenam, bersukan serta menjalani aktiviti rekreasi sekurang-kurangnya dua  hingga 5 kali seminggu .Contoh aktiviti sukan yang boleh dijalankan ialah berjoging, berbasikal ,senaman aerobik dan sebagainya  .Apabila kita bersenam kita akan berpeluh dan toksik daripada badan dapat dibebaskan. Pengaliran darah kita akan menjadi lancar dan badan kita menjadi cergas, otak menjadi cerdas .Aktiviti ini dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah penyakit kronik seperti hipertensi penyakit jantung kekejangan otot dan sebagainya. Seterusnya kita patutlah mendapatkan rehat yang mencukupi iaitu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang  mencukupi dapat menjamin kesihatan kita serta mata kita yang telah penat setelah berfungsi dalam masa yang panjang .Aktiviti rehat yang dapat menenangkan hati dan fikiran  seperti mendengar muzik dan menjalankan hobi untuk mengurangkan tekanan kesihatan mental juga penting selain kesihatan fizikal .Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengsantaikan fikiran kita dan mengelakkan masalah mental seperti kemurungan .

          Di samping itu, pemakanan merupakan aspek penting dalam menjamin kesihatan kita. Kita memerlukan khasiat yang mencukupi dan nutrien supaya organ badan dapat berfungsi dengan mantap lalu menjaga kesihatan kita .Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan lemak dan bergula seperti coklat, makanan ringan ,makanan yang mengandungi garam yang tinggi harus dikurangkan . Segala makanan yang mempunyai  pengawet makanan yang tinggi harus dikurangkan. Kita digalakkan untuk makan mengikut piramid makanan yang dapat memenuhi keperluan nutrien badan. Makan mengikut masa iaitu tidak makan dengan terlalu kerap juga mampu menjamin kesihatan. 

          Akhir sekali , pemeriksaan kesihatan harus dijalankan setiap enam bulan di hospital . Aneka pemeriksaan kesihatan menyebabkan kita akan mengetahui keadaan dan status kesihatan badan kita. Kita akan dapat mengesan simptom-simptom awal  berbagai jenis penyakit.Hal ini akan membolehkan kita membuat persediaan dan tindakan penjaga dengan lebih awal agar penyakit tersebut tidak menjadi semakin ketara lalu membawa maut, bak kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.

           Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri kerana badan yang tidak sihat akan membawa kepada kematian kepada kita. Oleh itu, langkah-langkah yang efektif  wajar diambil untuk menjamin kesihatan diri , bukan sahaja secara individu pihak ibu bapa dan kerajaan juga  haruslah menjalankan langkah sampingan untuk dorong kepada anak anak generasi baru ini . Dengan kerjasama semua pihak kesihatan semua warganegara Malaysia tanpa mengira umur akan bertambah baik .

Comments