CONTOH KARANGAN RESPON TERBUKA : LANGKAH LANGKAH MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA ROMPAKAN

       Pada masa kini ,banyak berlaku kejadian rompakan di negara kita.Kebiasaannya,jenayah rompakan berlaku akibat kelalaian mangsa .Pihak polis berusaha gigih untuk mencegah jenayah rompakan di negara kita.Persoalannya,apakah langkah langkah efektif untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa rompakan?

        Salah satu cara bijak mencegah jenayah rompakan ialah kita harus mengguna pintu pagar dan pintu rumah .Tujuannya adalah bagi memastikan orang yang tidak dikenali masuk ke premis rumah .Oleh itu kita harus sentiasa memeriksa secara berkala samaada pintu pagar dan pintu rumah berkunci atau tidak.Amalan ini akan mengurangkan risiko rompakan secara mengejut di premis rumah.

         Seperkara lagi, pemilik rumah yang berkemampuan elok memasang kamera litar tertutup dan loceng penggera untuk mengelakkan rompakan .Hal ini kerana alat alat berkenaan akan menakutkan perompak.Jika perompak masuk ke rumah ,kamera litar bertutup akan merakam tindak tindak perompak ,manakala alat penggera akan berbunyi jika ada orang cuba memecah masuk ke dalam rumah.Kebiasaannya perompak akan mengelakkan daripada merompak premis yang mempunyai kamera litar tertutup dan loceng penggera.

        Selain itu, kita tidak harus memuat naik gambar gambar melancong dalam media sosial,jika kita pergi melancong .Tindakan ini umpama tiada beban batu digalas kerana akan menaik perhatian perompak .Hal ini kerana perompak juga melayari laman sosial untuk mencari mangsa dan premis untuk merompak.Jika orang tidak tahu di mana kita berada pada sesuatu masa ,maka risiko dapat dielakkan.

       Di samping itu, kita tidak harus membenarkan orang yang tidak dikenalinmasuk ke dalam premis rumah.Hal ini kerana terdapat perompak yangbmenyamur untuk merompakb.Misalnya mereka berpura pura bertanya sesuatu dan dalam sekelip mata masuk ke dalam rumah dan merompak.Jika boleh jangan layan sebarang permintaan orang yang tidak dikenali ketika berada di dalam rumah dan ketika berada di luar rumah.

        Kesimpulannya ,kita harus beringat iaitu malang tidak berbau.Oleh itu ,kita harus sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa rompakan .Sikap peka dan berhati hati pasti akan mengurangkan risiko diri kita daripada menjadi mangsa rompakan .Kita tidak harus bersikap alpa sepanjang masa.

Comments