CONTOH KARANGAN RESPON TERBUKA :CARA MENGHABISKAN MASA CUTI SEKOLAH

        Semua pelajar menanti-nantikan masa cuti sekolah.Hal ini kerana pada masa cuti sekolah mereka tidak perlu bangun awal dan tidak perlu membuat kerja-kerja Sekolah . Malangnya, ada pelajar yang menyalahgunakan masa cuti sekolah .Sebenarnya ,ada pelbagai cara anak-anak dapat memanfaatkan masa cuti sekolah.

       Antara cara yang dapat menghabiskan masa cuti sekolah adalah dengan menghadiri kelas tuisyen .Tujuannya adalah untuk memperbaiki kelemahan diri dalam mata pelajaran yang lemah .Maka pemahaman anda akan bertambah baik dan dapat mencapai keputusan baik dalam peperiksaan kelak.

       Anak-anak yang bercuti boleh balik kampung menziarahi Datuk nenek yang tinggal di kampung .Malah anak-anak juga boleh tinggal di kampung untuk mengalami suasana hidup Kampung .Maka anak-anak tidak akan menjadi umpama katak di bawah tempurung yang tidak tahu suasana hidup di kampung 

      Pada masa cuti sekolah pelajar boleh mengikuti program motivasi .Program ini mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mampu memupuk sikap berdikari .Pelajar yang kerap mengikuti program motivasi akan memiliki sikap-sikap positif .

       Malah, semasa cuti Pelajar boleh melancong bersama-sama keluarga ke tempat pelancongan yang menarik .Amalan itu dapat menghilangkan stress dan menyegarkan minda .Pelajar juga dapat mengenali keistimewaan tempat pelancong dan tidak akan menjadi katak dibawah tempurung.Amalan ini juga akan  merapatkan hubungan kekeluargaan.

        Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara anak dapat memanfaatkan masa cutinya. Ibu bapa harus merancang aktiviti berfaedah kepada anda yang bercuti panjang .Ibu bapa tidak harus membiarkan anak bermalas-malasan semasa masa cuti sekolah .

Comments