USAHA USAHA MENYEMARAKAN MINGGU BAHASA DI SEKOLAH
Semua sekolah diwajibkan mengadakan minggu bahasa pada setiap tahun . Kebiasaannya MINGGU bahasa akan dijalankan serentak dengan menggabungkan pelbagai aktiviti meliputi bahasa Melayu , Bahasa Cina ,Bahasa Tamil.Minggu bahasa ini diadakan bagi tujuan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam bahasa Melayu dan Bahasa ibunda dalam kalangan pelajar .Persoalannya apakAH usaha usaha menyemarkan minggu bahasa di sekolah ?
Satu usaha bagi meyemarakan minggu bahasa dI sekolah adalah dengan kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan bantuan kewangan kepada sekolah .Hal ini kerana pihak sekolah memerlukan sumber kewangan untuk mengadakan pelbagai aktiviti kebahasaan sempana minggu bahasa. Pihak sekolah juga harus memberikan hadia kepada para pemenang .Justeru ,sumber kewangan daripada KPM akan menyebabkan pihak sekolah membuat minggu bahasa dengan bersungguh sungguh .
Peranan guru khususnya guru bahasa amat penting untuk meyemarakan minggu bahasa .Mereka tidak harus mengamalkan sikap melepaskan batuk di tangga .Semua guru bahasa di sekolAH harus merancang aktiviti aktiviti kebahasaan yang menarik agar pelajar tertarik untuk mengambil bahagian dalam minggu bahasa .Para guru harus membuat perancangan teliti agar minggu bahasa mencapai objektif yang diharapkan.
Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) harus menghulurkan bantuan untuk menyemarakan minggu bahasa di sekolah .Ahli jawatan kuasa PIBG boleh memberikan bantuan kewangan ,idea dan tenaga untuk menyemarakan minggu bahasa di sekolah .Hal ini akan menggurangkan beban guru .Para pelajar akan lebih bersemangat apabila ibu bapa turut serta dalam minggu bahasa.
Seperkara lagi, pihak swasta terutamanya pihak kedai buku turut serta dalam minggu bahasa .Mereka boleh menaja hadiah kepada pemenang yang mengambil bahagian dalam pertandingan sempena minggu bahasa .Hal ini akan menggurangkan beban pihak sekolah .Pemilik kedai buku juga bolej mengadakan pesta jualan buku sempena minggu bahasa di premis sekolah.
Kesimpulannya, Peranan pelbagai pihak bagai aur dengan tebing mampu menyemarakan minggu bahasa di sekolah .Oleh sebab bahasa jiwa bangsa ,maka minggu bahasa harus dijalankan secara bersungguh sungguh di Semua sekolah . Pelajar harus mendapat manfaat daripada minggh bahasa.
Comments
Post a Comment