CONTOH KARANGAN PENDEK : CIRI CIRI PENGAWAS YANG BERTANGGUNGJAWAB

          Terdapat beberapa ciri seorang pengawas yang bertanggungjawab .Salah satu ciri seorang pengawas yang bertanggungjawab ialah jujur dalam menjalankan tugasan .Seorang pengawas harus menjalankan tugasan dengan jujur serta bersikap adil dengan dan saksama .

        Selain itu ,seorang pengawas yang bertanggungjawab  harus mengutamakan disiplin dalam semua perkara .Seorang pengawas juga tidak boleh berat sebelah ataupun mementingkan sikap setia  kawan semasa menjalankan tugasan .Akhir sekali, seorang pengawas harus menunjukkan contoh yang terbaik kepada murid lain dengan memaparkan diri yang baik  berketerampilan dan berdisiplin.

        Kesimpulannya, seorang pengawas yang mempunyai ciri-ciri di atas akan dianggap sebagai pengawas yang bertanggungjawab .

Comments