Dewasa kini , negara berdepa dengan pelbagai pencemaran alam . Antaranya ialah pencemaran udara, tanah , bunyi dan lain-lain pencemaran . Gejala pencemaran alam membawa pelbagai impak kronik . Justeru , kerajaan perlu mengambil pelbagai usaha untuk menangani gejala ini secara berkesan.
Usaha utama yang mampu menagani gejala pencemaran adalah melalui penguatkuasaan undang undang . Kerajaan harus mengambil hukuman yang berat atas orag yang mencemarkan alam sekitar . Antara hukuman yang harus diturunkan ialah hukuman penjara dan hukuman rotan.
Kempen anti-pencemaran alam sekitar boleh mengurangkan gejala pencemaran alam sekitar . Kempen ini harus dijalankan sepanjang dan bukan bersifat hangat hangat tahi ayam. Kempen boleh menimbulkan kesedaran bahawa pencemaran alam akan membawa pelbagai impak negatif.
Pendidikan di sekolah mampu melahirkan warga yang peka dengan kepentingan kelestarian alam sekitar. Murid murid yang diajar tentang keburukan pencemaran akan kesedaran agar menjaga alam sekitar. Justeru apabila mereka dewasa tidak akan mencemarkan alam sekitar.
Kerajaan harus mengurangkan kegiatan pembalakan . kerajaan harus mewartakan lebih banyak hutan simpan. Pembalak haram harus ditangkap dan dikenakan hukuman beray .Hal ini kerana hutan penting untuk menghindari kesan rumah hijau.
Konklusinya , kerajaan dan masyarakat harus berkejasama bagai aur dengan tebing untuk membendung pencemaran alam sekitar. Alam sekitar perlu diselamatkan sebelum terlambat.
Comments
Post a Comment