Contoh Karangan : Amalan Pemakanan Seimbang Amalan Bijak

         Pada masa kini, kebanyakan orang mengabaikan amalan pemakanan seimbang. Apabila dijangkiti penyakit, barulah seseorang ingin mengamalkan pemakanan seimbang.Sebenarnya, amalan pemakanan seimbang perlu dibudayakan semasa anak anak masih kecil lagi.Seandainya kita mengabaikan amalan pemakanan seimbang , kita akan ditimpa pelbagai musibah.

        Antara kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang adalah untuk mengelakkan penyakit. Hal ini kerana tidak sesiapa yang mahu dirinya menghadapi penyakit.Pada masa kini kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan tidakmakan secara seimbang .Jika kita makan secara seimbang kita dapat mengelakkan penyakit obesiti< diabetes dan serangan sakit jantung.

        Selain itu, amalan pemakanan seimbang dapat memanjangkan jangka hayat seseorang . Orang yang peka dengan kepentingan amalan pemakanan seimbang , dan mengamalkannya secara konsisten maka ia dapat hidup menjangkur umur lebih 80 tahun . Misalnya ,rakyat Jepun hidup lama kerana mengamalkan amalan pemakana seimbang .

        Orang yang mengamalkan pemakanan seimbang tidak mudah menghadapi penyakit kronik seperti diabetes , tekanan darah tinggi dan serangan jantung.Penyakit penyakit ini akan membebankan keluarga dan kerajaan.Keluarga terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit akibat tidak amalkan amalan pemakanan seimbangdan kerajaan pula terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk memberi rawatan kepada orang yang sakit akibat tidak mengawal nafsu makanan.

        Orang yang sihat kerana mengamalkan pemakanan seimbang tidak akan mengalami stres memikir kesihatan dirinya . Hal ini kerana mereka sendiri tahu diri mereka sihat akbat mengamalkan pemakanan seimbang . Sebaliknya , orang yang sakit akibat tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan stres kerana mengalami masalah kesihatan dan beban kewangan serta menyusahkan keluarga.

        Kesimpulannya, kita harus  beringat iaitu ikut hati mati, ikut rasa binasa . Oleh sebab itu ,kita harus mengawal nafsu mekan agar tidak ditimpa masalah kesihatan. Budayha makan secara seimbang harus disemarkan dalam diri semua rakyat Malaysia.

Comments